Tuesday, 25 September 2018

Program Mengacau Bubur Asyura Anjuran UMNO cawangan Bt.42



Isnin,24september2018. Satu program gotong-royong memasak bubur asyura telah diadakan bersama masyarakat kampung.

Kemeriahan suasana program ini menggambarkan kemesraan dan kemuafakatan sesama penduduk kampung.








Turut hadir adalah Dato Ishak bin Mat.Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling.


Friday, 21 September 2018

Mesyuarat utk gotong royong "buboq sora" dan "Ziarah Kasih"

Jumaat, 21 September 2018 Satu mesyuarat telah diadakan bersama AJK Cawangan bersama beberapa warga kampung bertempat dirumah Abdullah Hassan(saud) untuk mengadakan gotong royong memasak dan mengacau bubur sora. Terima kasih kepada AJK yang hadir serta beberapa warga² Bt.42.


Setelah selesai mesyuarat, saudara encik Shamsudin Othman dan AJK Cawangan meneruskan aktiviti "Ziarah Kasih" kerumah Makcik Maneh (ibu kepada Mohd Rodhi) di kg. Bakar Arang.

Makcik Maneh mengalami masalah penglihatan sejak beberapa tahun yang lalu, anaknya Mohd Rodhi menggalas tugas menjaga ibunya dirumah dan lain-lain.


Ziarah Kasih ke-2 pada hari ini diteruskan iaitu ke rumah Maklang Melah (ibu kepada Kak Fatimah) yang berada di kg. Baru. Beliau mengidap penyakit darah tinggi, bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Thursday, 20 September 2018

Lawatan sekreteriat kebajikan&bencana alam UMNO bhg. Baling

19 September 2018
Baling

En. Shamsudin Othman,  Sekretariat kebajikan dan Bencana Alam UMNO Bahagian Baling serta Tuan Haji Hazam Othman, AJK UMNO Bahagian Baling Merangkap Bapa Angkat Cawangan Pulai, Baling mewakili *YB Datuk Paduka Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling Merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling* Merangkap Ketua UMNO Cawangan Bt.42- menziarahi mangsa ribut, En. Azman Sani di Kg Pekan Lama Pulai, Baling. Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian dan dipermudahkan urusan. Aamin.


Friday, 31 August 2018

Ziarah Kasih 31Ogos2018

Jumaat, 31Ogos2018. Aktiviti ziarah kasih ke rumah mantan Ketua Wanita Umno Cawangan Bt.42. Banyak cerita sukaduka yang disampaikan oleh beliau semasa lawatan tersebut. Pesanan dari Toksu kepada pewaris² UMNO sekarang, teruskanlah perjuangan tanpa rasa penat dan putus asa kerana siapa lagi yang akan teruskan perjuangan bangsa dan agama jika kita semua berpecah belah.


Lawatan seterusnya, kami kerumah Kak Yah Cot. Beliau mengidap stroke sejak beberapa tahun yang lalu dan tak dapat menguruskan hal² rumahtangga kerana keadaan yang tidak mengizinkan