Saturday, 22 December 2018

Sumbangan pakaian seragam sekolah

21/12/2018,Jumaat. Majlis penyampaian sumbangan pakaian seragam sekolah di sampaikan oleh Ahli Parlimen Baling - DSP Azeez Rahim

Sunday, 25 November 2018

Sambutan Maulidur Rasul & Hari Keluarga

23/11/2018, Program sambutan Maulidur Rasul & Hari keluarga anjuran Surau Al-Ansar bersama warga Kampung Batu.42 telah berlangsung dengan jayanya.

Bermula pada jam 8.30pagi perarakan berselawat berlangsung, turut disertai wakil daripada kanak-kanak Tadika Tanjung Merbau,Pospen,Kolej Komuniti dan warga kampung.


Aktiviti program Hari Keluarga bersama seluruh warga yang hadir juga berlangsung setelah selesai perarakan berselawat dengan pelbagai aktiviti sukaneka.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program hari tersebut. Semoga ikatan kemesraan antara semua akan berkekalan selamanya. Terima kasih

Friday, 16 November 2018

Mesyuarat untuk program sambutan Maulidul Rasul dan hari keluarga.

16/11/2018(Jumaat), Mesyuarat Ajk program "Sambutan Maulidul Rasul dan Hari Keluarga" telah diadakan diperkarangan Surau Batu.42 pada jam 10.30 pagi tadi. 


Dipengerusi oleh saudara Shamsudin Othman sendiri, membentangkan kertas kerja program tersebut dan memilih AJK yang terlibat dalam menjayakan tugas-tugas berkenaan.


Wednesday, 14 November 2018

Pelakon komedi Zaibo telah meninggal dunia

Dimaklumkan bahawa pelakon komedi terkenal "Zaibo" telah meninggal dunia pada jam 1.30 petang tadi. Marilah kita sama-sama menghadiahkan Surah Al-fatihah kepada arwah beliau.


Berita dipetik daripada laporan http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/11/14/zaibo-meninggal/

Tuesday, 13 November 2018

Sambutan Hari Maulidul Rasul

Surau Al-Ansar dengan kerjasama Kampung Batu.42 akan mengadakan Perarakan Berselawat dan hari keluarga sempena sambutan Maulidul Rasul pada 23 November 2018.

Friday, 9 November 2018

Fitnah

Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah seorang ulama..., lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf...

Lalu ulama itu berkata... "dengan syarat. Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam".

"Dalam perjalanan, kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis". Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu...tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya hingga sampai di masjid...dia berjumpa dengan ulama tersebut. 

"Wahai habib...aku telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja....bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya?" 

Ulama itu berkata..."nanti bila kamu balik...kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok". Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang...ini suruh ambil kembali. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya. 

Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan...saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku telah buang. Semua telah di terbangkan angin entah ke mana".

Lalu habib itu berkata.... "BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya...ia tersebar dan  terus tersebar...". 

"Aku maafkan kamu. Bertaubatlah...lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.

Nah.... itulah dosa yang jaariah....dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa".

Pada si pelaku... USAHALAH... temuilah orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.

Friday, 2 November 2018

Gotong-royong tapak padang Surau Bt.42


2/11/2018(jumaat), warga kampung Bt.42 telah bersama-sama mengadakan gotong-royong di tapak padang Surau Bt.42.


Turut hadir menjayakan aktiviti adalah kaum ibu bapa dan anak-anak muda yang bersama-sama berganding bahu dalam membersihkan dikawasan tapak. 

Sunday, 28 October 2018

Transformasi Nilai Solat Dalam Kerja

Disini admin post satu perkongsian untuk kita sama-sama amalkan dalam kehidupan kita, credit kepada #DakwahSentapOfficial

Niat - Tujuan/Objektif

Masa - Pengurusan/Ketetapan masa

Wudhu' - Bersih, SOP, Elak pembaziran

Peraturan - Disiplin dan SOP

Arah Kiblat - Arah tuju

Kusyuk - Fokus

Korban Tenaga/Waktu - Pengorbanan dlm kerja

Ikhlas - Jujur

Buka Mata - Berhati hati

Jemaah - Teamwork

Rapat & Lurus Saf - Kerjasama

Istiqamah - Konsisten

Rendah Diri - Tidak sombong

Perbaiki Mutu Solat - Tingkatkan kualiti

Boleh Tegur Imam - Ketua boleh ditegur

Sunat - Memberi lebih

Doa - Mengharap yg terbaik

Istighfar - Mengaku kesilapan


Mesyuarat AJK Cawangan






26/10/2018, mesyuarat AJK Cawangan telah diadakan. Antara topik yang dibincangkan adalah mendekati masyarakat kampung,penyusunan program-program yang menafaat dan kebajikan.








Saudara Shamsudin Othman juga telah menyampaikan hadiah harijadi kepada beberapa orang sempena ulangtahun kelahiran pada bulan Oktober.


Monday, 15 October 2018

Bantuan kepada mangsa banjir

14/10/2018, Warga kampung Batu.42 bergotong-royong memasak untuk mangsa banjir dari kampung Tanjung Merbau.


Saudara en. Shamsudin Othman selaku Ketua UMNO Cawangan disini berkata mangsa-mangsa banjir telah dibawa ke Komplek Rakan Muda untuk diberikan perlindungan sementara selama bencana berlaku.


Tuesday, 25 September 2018

Santapan Rohani Maal Hijrah


24 September 2018
Isnin

*SANTAPAN ROHANI MAAL HIJRAH* Anjuran UMNO Cawangan Batu 42 bertempat di Surau Kg Batu 42, Pulai.
Ybhg Dato Khairul Azhar, Naib Ketua UMNO Bahagian Baling diiringi En. Shamsudin Othman, Ketua UMNO Cawangan Kg Bt.42 mewakili *YB Datuk Paduka Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling Merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling* menghadiri majlis yang tazkirahnya disampaikan oleh Ybhg Ust Wanji, Sekretariat Agama UMNO Bahagian Baling ini.
Turut hadir bersama En. Suharto Tijoo, S/u UMNO Bahagian Baling, Ybhg. Ust Md. Noor, Imam Surau Al Ansar, Pn. Marliza Meli, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Baling, AJK 4 Peringkat UMNO Bahagian Baling, Ketua-Ketua Cawangan berdekat dan orang ramai. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat bagi menjayakan majlis ini.