Friday, 21 September 2018

Mesyuarat utk gotong royong "buboq sora" dan "Ziarah Kasih"

Jumaat, 21 September 2018 Satu mesyuarat telah diadakan bersama AJK Cawangan bersama beberapa warga kampung bertempat dirumah Abdullah Hassan(saud) untuk mengadakan gotong royong memasak dan mengacau bubur sora. Terima kasih kepada AJK yang hadir serta beberapa warga² Bt.42.


Setelah selesai mesyuarat, saudara encik Shamsudin Othman dan AJK Cawangan meneruskan aktiviti "Ziarah Kasih" kerumah Makcik Maneh (ibu kepada Mohd Rodhi) di kg. Bakar Arang.

Makcik Maneh mengalami masalah penglihatan sejak beberapa tahun yang lalu, anaknya Mohd Rodhi menggalas tugas menjaga ibunya dirumah dan lain-lain.


Ziarah Kasih ke-2 pada hari ini diteruskan iaitu ke rumah Maklang Melah (ibu kepada Kak Fatimah) yang berada di kg. Baru. Beliau mengidap penyakit darah tinggi, bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.