Tuesday, 25 September 2018

Santapan Rohani Maal Hijrah


24 September 2018
Isnin

*SANTAPAN ROHANI MAAL HIJRAH* Anjuran UMNO Cawangan Batu 42 bertempat di Surau Kg Batu 42, Pulai.
Ybhg Dato Khairul Azhar, Naib Ketua UMNO Bahagian Baling diiringi En. Shamsudin Othman, Ketua UMNO Cawangan Kg Bt.42 mewakili *YB Datuk Paduka Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling Merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling* menghadiri majlis yang tazkirahnya disampaikan oleh Ybhg Ust Wanji, Sekretariat Agama UMNO Bahagian Baling ini.
Turut hadir bersama En. Suharto Tijoo, S/u UMNO Bahagian Baling, Ybhg. Ust Md. Noor, Imam Surau Al Ansar, Pn. Marliza Meli, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Baling, AJK 4 Peringkat UMNO Bahagian Baling, Ketua-Ketua Cawangan berdekat dan orang ramai. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat bagi menjayakan majlis ini.




































































































Program Mengacau Bubur Asyura Anjuran UMNO cawangan Bt.42



Isnin,24september2018. Satu program gotong-royong memasak bubur asyura telah diadakan bersama masyarakat kampung.

Kemeriahan suasana program ini menggambarkan kemesraan dan kemuafakatan sesama penduduk kampung.








Turut hadir adalah Dato Ishak bin Mat.Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling.


Friday, 21 September 2018

Mesyuarat utk gotong royong "buboq sora" dan "Ziarah Kasih"

Jumaat, 21 September 2018 Satu mesyuarat telah diadakan bersama AJK Cawangan bersama beberapa warga kampung bertempat dirumah Abdullah Hassan(saud) untuk mengadakan gotong royong memasak dan mengacau bubur sora. Terima kasih kepada AJK yang hadir serta beberapa warga² Bt.42.


Setelah selesai mesyuarat, saudara encik Shamsudin Othman dan AJK Cawangan meneruskan aktiviti "Ziarah Kasih" kerumah Makcik Maneh (ibu kepada Mohd Rodhi) di kg. Bakar Arang.

Makcik Maneh mengalami masalah penglihatan sejak beberapa tahun yang lalu, anaknya Mohd Rodhi menggalas tugas menjaga ibunya dirumah dan lain-lain.


Ziarah Kasih ke-2 pada hari ini diteruskan iaitu ke rumah Maklang Melah (ibu kepada Kak Fatimah) yang berada di kg. Baru. Beliau mengidap penyakit darah tinggi, bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Thursday, 20 September 2018

Lawatan sekreteriat kebajikan&bencana alam UMNO bhg. Baling

19 September 2018
Baling

En. Shamsudin Othman,  Sekretariat kebajikan dan Bencana Alam UMNO Bahagian Baling serta Tuan Haji Hazam Othman, AJK UMNO Bahagian Baling Merangkap Bapa Angkat Cawangan Pulai, Baling mewakili *YB Datuk Paduka Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling Merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling* Merangkap Ketua UMNO Cawangan Bt.42- menziarahi mangsa ribut, En. Azman Sani di Kg Pekan Lama Pulai, Baling. Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian dan dipermudahkan urusan. Aamin.