Thursday, 24 January 2019

Maklong Limah dah stabil

Maklong Limah ibunda kepada en. Shamsudin Othman dalam keadaan semakin sihat dan stabil, baru-baru ini dimasukkan ke wad Hospital Kulim kerana mengalami masalah pernafasan. 

En. Shamsudin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa mendoakan untuk ibunya.

Majlis ramah mesra & penyampaian zakat

24/1/2019(khamis) Majlis ramah mesra dan penyampaian zakat telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Pasir Salak- Dato Tajuddin, merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. 

Wednesday, 16 January 2019

Pakteh paya telah pergi

16/1/2019 (rabu), marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah yang telah kembali keRahmatullah pada waktu subuh tadi. Pakteh adalah salah seorang dari warga Kampung Tanjung Merbau, berumur 82 tahun. Beliau adalah salah seorang dari tukang masak kenduri dan mengurus mandi jenazah dikawasan Kg Tanjung Merbau/ Batu 42. Semoga arwah berada dalam golongan orang-orang yang beriman, aamiin!!

Tuesday, 15 January 2019

Kuliah bulanan 2019

15/1/2019(selasa), Surau Al-Ansar kg Batu 42. Aktiviti kuliah bulanan telah menjemput Tuan Haji Saruji Afandi bin Haji Yahaya sebagai penceramah pada malam ini. 

Friday, 4 January 2019

Selamat hari lahir Bosku...!

4/1/2019, Kejutan untuk Ketua UMNO Cawangan Kampung Batu.42 apabila hari ini tidak disangka-sangka warga AJK cawangan telah mengadakan sambutan hari lahir beliau diperkarangan Surau, setelah selesai balik dari kunjungan Ziarah Kasih 2019 pagi tadi. 😙😎

Ziarah kasih 2019

4/1/2019(jumaat), ziarah kasih UMNO cawangan Kampung Batu.42 menziarahi dan menyampaikan kerusi roda kepada Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu.42 Kak Long Miah, Semoga beliau sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Aamiin !!!

Tuesday, 1 January 2019

Sumbangan untuk anak warga Batu.42

30/12/2018, Sumbangan pakaian sekolah kepada anak-anak kampung bt42. Seramai 9 orang oleh En. Shamsudin Othman (Ketua Cawangan)