Sunday, 25 November 2018

Sambutan Maulidur Rasul & Hari Keluarga

23/11/2018, Program sambutan Maulidur Rasul & Hari keluarga anjuran Surau Al-Ansar bersama warga Kampung Batu.42 telah berlangsung dengan jayanya.

Bermula pada jam 8.30pagi perarakan berselawat berlangsung, turut disertai wakil daripada kanak-kanak Tadika Tanjung Merbau,Pospen,Kolej Komuniti dan warga kampung.


Aktiviti program Hari Keluarga bersama seluruh warga yang hadir juga berlangsung setelah selesai perarakan berselawat dengan pelbagai aktiviti sukaneka.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program hari tersebut. Semoga ikatan kemesraan antara semua akan berkekalan selamanya. Terima kasih