Friday, 5 April 2019

Santai bersarapan pagi bersama Ketua dan AJK

05 April 2019(Jumaat)

*YB Datuk Paduka Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling Merangkap Ketua UMNO Baling* 

Santai bersarapan pagi bersama Ketua dan AJK 4 Peringkat serta Ahli UMNO Cawangan Kg Tanjung bertempat di Dewan Surau Kg Tanjung dan menziarahi Keluarga En. Ramli Pin serta menziarahi Keluarga Hashim Che Nai di Kg Tanjung. Turut hadir bersama Ybhg. Dato Ishak Mat, Timb. Ketua UMNO Bahagian Baling, Ybhg. Dato Khairul Azhar,  Naib Ketua UMNO Bahagian Baling, Barisan AJK 4 Peringkat UMNO Bahagian Baling, Ketua dan AJK 4 Peringkat serta Ahli UMNO Cawangan Kg Tanjung. 


*#UMNOBALING* *#UMNOBANGKIT* *#umnosebuahperjuangan*

Thursday, 24 January 2019

Maklong Limah dah stabil

Maklong Limah ibunda kepada en. Shamsudin Othman dalam keadaan semakin sihat dan stabil, baru-baru ini dimasukkan ke wad Hospital Kulim kerana mengalami masalah pernafasan. 

En. Shamsudin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa mendoakan untuk ibunya.

Majlis ramah mesra & penyampaian zakat

24/1/2019(khamis) Majlis ramah mesra dan penyampaian zakat telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Pasir Salak- Dato Tajuddin, merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. 

Wednesday, 16 January 2019

Pakteh paya telah pergi

16/1/2019 (rabu), marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah yang telah kembali keRahmatullah pada waktu subuh tadi. Pakteh adalah salah seorang dari warga Kampung Tanjung Merbau, berumur 82 tahun. Beliau adalah salah seorang dari tukang masak kenduri dan mengurus mandi jenazah dikawasan Kg Tanjung Merbau/ Batu 42. Semoga arwah berada dalam golongan orang-orang yang beriman, aamiin!!