Monday, 25 October 2021
Tuesday, 5 October 2021
Baik pulih jalan
Wednesday, 8 September 2021
Agihan ikan siri ke-2
Agihan ikan untuk warga Batu 42
Monday, 30 August 2021
Penyerahan Jalur Gemilang
Friday, 4 June 2021
Pengambilan vaksin
Saturday, 7 March 2020
Mesyuarat UMNO Cawangan 2020
Friday, 9 August 2019
Tiada paksaan murid bukan Melayu belajar tulisan khat
PUTRAJAYA: Belajar tulisan khat bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
Itu antara penjelasan soalan kerap ditanya (FAQ) mengenai isu tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, hari ini.
Difahamkan, FAQ itu dikeluarkan susulan perdebatan hangat mengenai pelaksanaan isu tulisan khat itu akhir-akhir ini.
FAQ 10 soalan berserta penjelasan itu turut dikongsi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Facebook (FB), hari ini.
Penjelasan yang diberikan kementerian antara lain menyebut, tulisan jawi juga sudah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi.
Malah, katanya, ia boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).
Katanya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.
“Tulisan khat dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
“Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat 6 muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat,” katanya.
Katanya, pelaksanaan tulisan khat tidak hanya berlaku di SJK sahaja sebaliknya membabitkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Dalam pada itu, menerusi FAQ sama, pengenalan tulisan khat ini adalah Tahap 2 dengan membabitkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021 manakala, murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terbabit dengan pengenalan tulisan khat.
Selain itu, katanya, tulisan khat juga tidak diuji dalam ujian dan peperiksaan malah, tiada pentaksiran akan dijalankan.
Dalam pada itu, berhubung persoalan kenapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada ‘coding’ dan cabang ilmu lain, kementerian menjelaskan, tulisan khat adalah pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
“Kementerian memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan KSSR dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017.
“Di sekolah rendah ia membabitkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Manakala untuk sekolah menengah pula membabitkan Tingkatan 1 hingga 3.
“Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr S Vijayaletchumy berkata murid Tahun Empat hanya perlu Tekap, sambung titik pada huruf jawi dan tiru semula untuk dijadikan seni khat.
Katanya, perkara itu hanya akan diajar empat kali setahun dalam tempoh 10 minit terakhir sebagai bahan sokongan kemahiran bahasa sesi pengajaran Bahasa Melayu.
Vijayaletchumy yang juga antara ahli panel yang terbabit dalam menggubal kurikulum itu turut menegaskan untuk sesi pembelajaran itu, lima hingga enam aksara daripada tulisan jawi sahaja yang akan diperkenalkan kepada murid.
“Masyarakat serta pihak tertentu sebenarnya sudah salah faham atau keliru antara tulisan jawi dengan tulisan khat. Ia adalah perkara yang berbeza.
“Jawi adalah tulisan rasmi manakala tulisan khat adalah antara aspek seni bahasa atau kaligrafi dalam Bahasa Melayu yang membabitkan tulisan jawi ditulis secara berangkai menjadi tulisan khat.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memasukkan seni khat dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana ia adalah sebahagian daripada warisan Bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tersendiri, …yang diajar adalah seni khat dan bukan tulisan jawi, jadi ia adalah salah faham,” katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di UPM, hari ini.
sumber : https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/593388/tiada-paksaan-murid-bukan-melayu-belajar-tulisan-khat/amp
Thursday, 8 August 2019
Komando vs komunis
Friday, 5 April 2019
Santai bersarapan pagi bersama Ketua dan AJK
05 April 2019(Jumaat) |
*YB Datuk Paduka Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling Merangkap Ketua UMNO Baling*
Santai bersarapan pagi bersama Ketua dan AJK 4 Peringkat serta Ahli UMNO Cawangan Kg Tanjung bertempat di Dewan Surau Kg Tanjung dan menziarahi Keluarga En. Ramli Pin serta menziarahi Keluarga Hashim Che Nai di Kg Tanjung. Turut hadir bersama Ybhg. Dato Ishak Mat, Timb. Ketua UMNO Bahagian Baling, Ybhg. Dato Khairul Azhar, Naib Ketua UMNO Bahagian Baling, Barisan AJK 4 Peringkat UMNO Bahagian Baling, Ketua dan AJK 4 Peringkat serta Ahli UMNO Cawangan Kg Tanjung.
*#UMNOBALING* *#UMNOBANGKIT* *#umnosebuahperjuangan*
Thursday, 24 January 2019
Maklong Limah dah stabil
Majlis ramah mesra & penyampaian zakat
Wednesday, 16 January 2019
Pakteh paya telah pergi
Tuesday, 15 January 2019
Kuliah bulanan 2019
Friday, 4 January 2019
Selamat hari lahir Bosku...!
Popular Posts
Featured Post
Bantuan























